Monday, May 14, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, October 31, 2011

S.A.D

Byk sangat persoaln yg masih blum sy temui jwpnnya.
Sy yakin, ada hikmah di sebalik pertemuan & perpisahan.
Malam ini kenangan 6 tahun lepas menggamit kembali memori.

Saat ini saya perlu kuat!
Byk perkara lagi yg perlu sy lalui.
Hanya ALLAH tempat saya mengadu.

Sy doakn semoga awak sntiasa istiqamah dalam melakukan perubahan.
Doa sy sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”



May Allah Bless U  ----> A_ _ _ q @ B_ _ _ s !!
:((

p/s : sgt sedih. YA ALLAH, hnya pada-Mu ku bersujud.

Tuesday, October 18, 2011

Senyum dlm Gundah.

Wednesday, October 12, 2011

swEEt 23!!!

Salam...

Hr ni genap umur sy 23 tahun.
Trima kasih kepada emak dan abah yg tlh membesarkan sy serta memberikan pendidikan yg ckup sempurna. Alhamdulillah..:))

Millions tq atas doa shbt2.
Yg pling populr pstilh doa spya cepat kawin! hehe..i like! :p

Kahwin ade dh sy tulis dlm list kehidupan, tp kite hnya mrncg slbihnya sy serahkan pd Yang Esa.
Banyak perkara yg sy 'pangkah' dlm list khidupn utk thun ni antranya list tntg 'cinta'.
Sy rs blum msnya utk sy cri cinta sjti kerana diri msih lemah dlm mencari cinta Rabbi.

Doakan supaya sy sentiasa diberikan kesempatan memperbaiki klmhn diri.



May Allah Bless U & Me!!

Saturday, May 21, 2011

Duhai HATI..

Sudah lame tidak m'update. Tibe2 rs rindu kt blog ini.
Byk crite yg nk dikongsi tp x nyempat2.
Skrg hati sudah kembali tenang.
Banyak perubahan yg sy lakukan demi mencari Redha Ilahi.

Hari ini lengkap 2 minggu sy menjadi 'guru pelatih' di SMK Kalumpang.
Alhamdulilah, segalanye berjaln lancr.
Pelajar2 yg agak 'ok' dan staf2 yg sgt ok.
Semoga diri ini terus dipermudahkan dalam meniti hari2 sebagai seorang murabbi.

Perjalanan ke sekolh agak jauh.
Hampir setengah jam drpd rumh sewa.
Diharap spnjg p'jalann ini, sy bnyk memuji keagungan Allah yg Maha Esa
Semoga sy sentiasa dilindungi drpd segala malapetaka dan kesushn.

Terima kasih kepada rakan2 yg byk membntu sy dlm menghadapi pelbagai ujian dan cabaran.
Sy tau, ujian ini hanya sedikit shj krn yg pasti hari2 m'dtg pelbagai lagi dugaan besar yg bkl kita trime.
Walau apapun, Allah s.w.t sentiasa disisi dan dihati.



May Allah Bles U n ME!!

Saturday, February 19, 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

Salam hari sabtu...:))


tjuk entry mcm best kan??
Bangganye sy ble baca...
Saham mkin tggi la pasni...:-p

JOM kite tgk Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH). 

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. 
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. 

Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama 
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. 

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?


KAMI semua bakal2 USTAZ n USTAZAH.
InsyaAllah...:))

p/s : hehe..:))
x kish la keje sbg ape pon, yg pntg tau lksanakn tanggungjwb dengan sebaiknya..

May Allah Blee U n ME!!

Friday, February 18, 2011

:((

Sy mulakan entry tahun 2011 dengan sajak tntg guru. Ada sesuatu  yg tersirat disebalik sajak 2..:((
Pmergian lectre kami utk meneruskan pengajiannya di bumi Jordan sgt memberi kesan kepada kawan sekuliah.
Pemergiannya sgt ditangisi. Sebab ape??
Jawapannya ada pd setiap pelajar dan terlalu byk untuk dikongsikan bersama...

Pemergianmu kami tangisi, 
Semoga ukhuwah sentiasa mekar di hati,
Di bawah naungan ilahi...


Ustaz Anhar b. Opir











Bertemu dan berpisah kerana ALLAH..:))

mAY ALLAH bless U n ME!!